Friday, October 26, 2012

Tiada sambutan Aidiladha di kem pelarian


       
MAFRAQ (JORDAN): Ketika umat Islam seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia menyambut Aidiladha dengan penuh meriah dan gembira, lain pula nasib ratusan ribu pelarian warga Syria yang menjadi mangsa perang saudara antara tentera rejim Bashar al-Assad dan puak pembebasan.

Lebih menyedihkan apabila wartawan Harian Metro menyaksikan sendiri nasib kanak-kanak yang dulunya di perkampungan masing-masing di Syria akan dipersiapkan dengan makanan, pakaian serba baru bagi menyambut Aidiladha hanya memakai baju sedia ada. Malah, ada antara mereka yang memakai baju sama sejak 10 hari lalu.


Tiada sebarang sambutan dilakukan di kem pelarian Za’tari termasuk sembahyang sunat Aidiladha menambahkan kepiluan di kalangan pelarian Syria.

Biasanya, sambutan Aidiladha di Syria lebih meriah berbanding Malaysia. Biarpun puluhan ribu ekor kambing ataupun lembu dikorbankan di seluruh negara, ia tidak setanding dengan sambutan di Syria.


Berkongsi kisah sedihnya, Ahmad Muhammad, 32, yang berasal dari Dar’a, Syria berkata, dia dan isteri serta dua anaknya terpaksa meninggalkan rumah mereka kerana keadaan di kampung berkenaan terlalu berbahaya.


Ditanya wartawan mengenai persiapan mereka sekeluarga sekiranya menyambut Aidiladha di kem berkenaan, Ahmad dalam keadaan sedih berkata, tiada sebarang persiapan dilakukan.

“Dua anak saya, Hamad Ahmad, 12 dan Aisya Ahmad, 7, hanya akan memakai baju lama yang sudah 10 hari dipakai. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya bersyukur menerima sumbangan daripada Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.


Dalam lawatan berkenaan, Abdul Azeez dan sukarelawan KP1M mengagihkan 1,500 kotak barangan keperluan yang mengandungi makanan.

No comments:

Post a Comment