Friday, October 26, 2012

Serang Gaza: Israel bunuh pejuang Hamas



Terjemahan Mohamad Yahya,25 Okt 2012
GAZA: Israel membunuh seorang pejuang Hamas dalam pusingan kedua serangan udara ke atas Gaza Rabu lalu, sebagai  tindak balas kepada serangan roket di bandar selatan Israel yang mencederakan tiga orang.

Serbuan berasingan oleh Israel Selasa lalu membunuh tiga ahli kumpulan yang  mengawal wilayah pantai. Tentera Israel berkata serangan itu adalah tindak balas kepada 60 roket yang telah ditembak ke Israel bulan lalu.

Serangan itu disusuli lawatan oleh Amir Qatar yang mengakhiri pengasingan kepada kepimpinan Hamas Gaza, mengecewakan Israel dan saingannya, pemimpin Palestin yang disokong Barat.

Saksi di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 10 roket telah ditembak ke Israel Rabu lalu, walaupun polis Israel menganggarnya sehingga 40 roket. Paramedik Israel berkata tiga orang mengalami kecederaan dari serpihan roket, yang turut merosakkan sebuah rumah.

Israel menutup sekolah-sekolah di kawasan berhampiran sempadan Gaza dan penduduk digesa untuk tidak keluar dari rumah.

Dua letupan kuat menggegarkan Gaza City sejurus selepas serangan yang membunuh pejuang Hamas, saksi berkata, sambil menambah Israel nampaknya telah mensasarkan militan yang menembak roket. Tiada sebarang kematian dilaporkan. Israel tidak memberi sebarang komen.

Pegawai Hamas juga melaporkan kereta-kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke Gaza. Seorang jurucakap tentera mengesahkan laporan tersebut.

Keganasan merentas sempadan telah meningkat sejak letupan bom yang mencederakan seorang pegawai Israel yang membuat rondaan Selasa lalu. Hamas, yang telah mengawal Gaza sejak 2007, mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, bersama-sama dengan Popular Resistance Committees.

No comments:

Post a Comment