Iran buka sekatan Google
Penduduk Iran kini boleh layari laman Google selepas sekatan dibuka Ahad lalu.
DUBAI - Pihak berkuasa Iran membuka semula sekatan perkhidmatan emel Google Inc selepas menerima aduan daripada beberapa Ahli Parlimen.

Jurucakap kerajaan Iran, Mohammad Reza Aghamiri berkata, penyekatan itu juga melibatkan puluhan ribu laman web lain.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana Iran mendakwa terdapat pengisian laman web berunsur jenayah dan tidak bermoral.

“Jawatankuasa penapisan internet mengarahkan Kementerian Telekomunikasi membuka penyekatan terbabit selepas majoriti daripada urusan kerajaan menggunakan sistem email Google,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna internet berkata, beliau dapat mengakses Gmail  sejak malam Ahad.

Pada 23 September lalu, kerajaan telah mengeluarkan arahan bahawa akses Gmail disekat di seluruh Iran tanpa memberi maklumat lanjut dan penyekatan itu akan dibuka sehingga diberitahu kelak. - Reuters.