Wednesday, October 3, 2012

Kapal China kembali dekati pulau Senkaku

TOKYO 2 Okt. - Kapal maritim China kembali dilihat berada berdekatan perairan wilayah maritim yang dipertikaikan di Laut China Timur, hari ini, seminggu selepas ia meninggalkan kawasan itu dan beberapa hari selepas China dan Jepun bertikam lidah semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA), di New York.
Menurut pengawal pantai Jepun, empat buah bot peronda maritim China memasuki perairan pulau yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China, selepas pukul 12.30 tengah hari ini (waktu tempatan).
"Kapal peronda kami meminta mereka berada di luar kawasan perairan milik kami. Namun, tiada sebarang tindak balas daripada kapal China itu," kata pengawal tersebut.
Dalam kenyataan berasingan, pasukan itu mendakwa, dua buah lagi kapal milik China turut dilihat belayar berdekatan pulau utama di kepulauan itu, namun bukan di kawasan yang didakwa milik Jepun.
Ini merupakan kali pertama dalam masa seminggu kapal milik China memasuki perairan tersebut, selepas tercetus pertikaman lidah antara diplomat kedua-dua negara yang menghadiri UNGA.
Kapal-kapal China berulangkali dilihat belayar di perairan tersebut sehingga Isnin minggu lalu, walaupun diberi amaran oleh pengawal pantai Jepun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121003/lu_03/Kapal-China-kembali-dekati-pulau-Senkaku#ixzz28F8iJzth
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment