Wednesday, October 3, 2012

PAKATAN GLOBAL SYIAH UNTUK MEMUSUHI SUNNI MUSLIM


Penentang Iraq Ditangkap : Perempuan Syiah Iraq Yang Bekerjasama Dengan Tentera Penjajah Beserta Dokumen Rahsia Tentang Konspirasi Syiah Iran Sedunia.

Perempuan itu ialah seorang “Muslim” yang ber”hijab” ini (merujuk kepada gambar di kiri, gambar pertama) iaitu gambar sewaktu dia bekerja di pejabatnya bersama tentera penjajah Amerika. Dalam satu gambar di sini (merujuk kepada gambar kedua), anda boleh lihat “pingat kehormatan” yang diterimanya sebagai balasan atas khidmatannya kepada tentera penjajah Amerika.

Dukumen rahsia yang dijumpai bersamanya ialah sebuah dokumen pernyataan rasmi dua muka surat dari sebuah badan yang dikenali sebagai Majlis Tertinggi untuk Revolusi Islam di Iraq (Supreme Council for the Islamic Revolution in Iraq) diketuai oleh al-Hakims dan membuatkan Pakatan Iraq (Pakatan Syiah) menjadi pimpinan Iraq yang baru di bawah perlindungan Amerika.

Pernyataan rasmi itu mengumumkan penubuhan Organisasi Persidangan Syiah (sebagai meniru Pertubuhan Persidangan Islam, OIC) di bawah seliaan Khamen’i dan Iran. Ini sekaligus membawa komuniti Syiah dari seluruh dunia serta merancang satu rancangan talam dua muka dan menjadi Muslim Sunni seluruh dunia sebagai sasaran, khususnya selepas kejatuhan Saddam. Di sini adalah gambar-gambar dokumen itu dan saya sertakan dengan salinan penuh Bahasa Arab dalam file Word supaya anda boleh download di bawah. Terjemahan Bahasa Inggeris akan disediakan kelak, insyaAllah.

Ada banyak bukti tentang policy keji Syiah Iraq ke atas Sunni Muslim di Iraq. Kelompok Syiah Iraq ini rata-ratanya ialah warga Iran yang berhijrah ke Iraq selepas kejatuhan Saddam. Mereka mahu membangkitkan semula Empayar Sasan (Sasanid Empire) iaitu sebuah Empayar Parsi dengan menggunakan teknik Safavid iaitu dengan cara menyebarkan fahaman Syiah melalui keganasan. Teknik Safavid pernah dipraktikan oleh Syiah 500 tahun dahulu di Iran, lalu menjadikan tanah Iran sebagai tanah Syiah dan memerangi majoriti populasi Sunni Muslim. Hasil dari teknik itulah yang membawa kepada kewujudkan empayar Safawi pada 1501 M – empayar Syiah pertama di dunia.

Ini ialah gambar pengkhianat Syiah itu dengan muka dikaburkan. Gambar ini diperolehi dari perjuang-perjuang kebebasan Iraq yang sememangnya dikenali sebagai kelompok yang amat berpegang kuat dengan agama Islam. Bagi mereka, muka perempuan Syiah ini bersifat peribadi (aurat), justeru itu, ia dikaburkan.

*NAK TENGOK GAMBAR-GAMBAR BOLEH KLIK LINK DI BAWAH.

http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/06/bukti-wanita-syiah-iraq-berkomplot.html

Terjemahan dari :

http://shia-watch.blogspot.com/2007/12/global-anti-muslimsunni-shia-plot.html

Oleh: Naza Nurul
 

No comments:

Post a Comment