Wednesday, October 3, 2012

Iran tetap sekutu utama Syria: Ali

SYDNEY: Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi, semalam menggambarkan Teheran sebagai “sekutu kuat rakyat Syria” dan memberi amaran supaya kuasa luar tidak campur tangan dalam konflik di negara berkenaan.

Dalam temu bual untuk program Dateline dengan stesen televisyen SBS di Australia, Ali berkata, campur tangan negara asing ke atas rakyat Syria yang menghasut mereka supaya mendesak presiden negara itu berundur bukanlah tindakan yang betul untuk dilakukan.


“Apa yang kami maksudkan ialah, kedua-dua pihak perlu mengiktiraf satu sama lain.

“Dalam perkataan lain, kerajaan perlu mengiktiraf pembangkang dan pembangkang mengiktiraf kerajaan,” katanya.


Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mendakwa Iran membekalkan senjata kepada kerajaan Presiden Bashar al-Assad dalam konflik yang berlarutan sejak 18 bulan lalu. Bagaimanapun, Ali bertegas mendakwa, Teheran berusaha untuk mengembalikan keamanan di Syria. “Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka ialah mendorong kedua-dua pihak duduk berbincang supaya krisis ini boleh diatasi,” katanya. Minggu lalu, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, berkata Teheran berusaha menubuhkan kumpulan penghubung bagi membantu menyelesaikan krisis Syria. Tanpa mendedahkan negara yang dihubungi Iran untuk menyertai kumpulan itu, Mahmouid berkata, Kementerian Luar Iran sepatutnya membuat pengumuman mengenainya dalam tempoh beberapa hari lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment