Wednesday, November 28, 2012

Korea Utara bakal lancar peluru berpandu?



Gambar dikeluarkan DigitalGlobe Inc. bertarikh 23 November lalu, menunjukkan berlakunya peningkatan aktiviti di Stesen Pelancar Satelit Sohae, Korea Utara. - AGENSI
WASHINGTON 27 Nov. - Satu gambar satelit baharu menunjukkan berlakunya peningkatan aktiviti di tapak pelancaran peluru berpandu Korea Utara, sekali gus menandakan kemungkinan akan berlaku pelancaran ujian peluru berpandu balistik jarak jauh dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Imej tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas akhbar Jepun, Asahi Shimbun, melaporkan mengenai pengesanan pergerakan yang disifatkan persediaan oleh Korea Utara untuk pelancaran peluru berpandu jarak jauh seawal bulan ini oleh penganalisis perisikan Amerika Syarikat (AS).
DigitalGlobe Inc., yang menyediakan imej satelit komersial kepada kerajaan AS dan kerajaan asing, mendedahkan gambar yang menunjukkan peningkatan aktiviti di Stesen Pelancar Satelit Sohae, Korea Utara, itu semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121128/lu_03/Korea-Utara-bakal-lancar-peluru-berpandu#ixzz2DSmJgfON
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment