Friday, January 18, 2013

Arab Saudi beri AS$100 juta kepada Palestin



RAMALLAH 17 Jan. - Arab Saudi akan memberi bantuan sebanyak AS$100 juta (RM301 juta) kepada kerajaan Palestin di Tebing Barat bagi meringankan beban krisis bajet yang dialami pihak berkuasa itu, kata pejabat Presiden Palestin, semalam.
Presiden Mahmoud Abbas, bersungguh- sungguh untuk meyakinkan negara-negara Arab supaya menyumbang sebanyak AS$100 juta setiap bulan sebagai 'jaringan keselamatan', sekiranya Palestin berjaya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara.
Kejayaan mendapat status itu pada November tahun lalu itu, bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada Israel yang bertindak menyekat bantuan kepada Palestin.
Abbas mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi yang merupakan penyumbang untuk tempoh jangka panjang kepada kerajaannya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130118/lu_09/Arab-Saudi-beri-AS100-juta-kepada-Palestin#ixzz2IKsezMZt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment