Friday, January 18, 2013

'Komando jaga sultan'

Tunku Ismail menunjukkan surat rasmi kepada FAM berhubung isu keselamatan penyokong dan pemain Johor Darul Takzim di Istana Bukit Pelangi. - Foto NSTP/Zulkarnain Ahmad TajuddinTunku Ismail menunjukkan surat rasmi kepada FAM berhubung isu keselamatan penyokong dan pemain Johor Darul Takzim di Istana Bukit Pelangi. - Foto NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin Tunku Ismail perjelas anggota komando untuk keselamatan ayahanda yang juga Kolonel Kehormat Rejimen GGK

Johor Bahru: Anggota Rejimen ke-21 Gerup Gerak Khas Komando (GGK) yang berada di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, ditugaskan sebagai persediaan langkah keselamatan kerana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan akan berangkat menyaksikan perlawanan pada malam itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata kehadiran anggota komando yang berpangkalan di Kem Iskandar, Mersing, Johor itu bukan untuk mengawal atau menjaga pasukan Johor Darul Takzim (DT), sebaliknya sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Ini penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor yang akan berangkat ke stadium berkenaan, lebih-lebih lagi baginda adalah Kolonel Kehormat bagi Rejimen GGK.

“Perkara ini bukan baru kerana dalam program besar seperti Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang diadakan setiap tahun, anggota komando sentiasa bersiap sedia ditugaskan untuk menjaga keselamatan Sultan Johor,” katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, petang semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan penyokong Kelantan mempersoalkan tindakan PBNJ menempatkan anggota tentera yang lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor DT di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam Selasa lalu.

Anggota tentera terbabit dipercayai Askar Timbalan setia negeri Johor (JMF) berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga tamat perlawanan.

No comments:

Post a Comment