Friday, January 18, 2013

Tak cukup bukti tahan PM Pakistan

Penyokong Tahirul Qadri menari ketika mengadakan tunjuk perasaan di Islamabad semalam.
Penyokong Tahirul Qadri menari ketika mengadakan tunjuk perasaan di Islamabad semalam. Islamabad: Ketua agensi antirasuah Pakistan memberitahu Mahkamah Agung semalam beliau tidak mempunyai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Raja Pervez Ashraf, dan 15 yang lain atas tuduhan rasuah.

Pengerusi Biro Akauntabiliti Negara (NAB), Fasih Bokhari, memberitahu Ketua Hakim Iftikhar Muhammad Chaudhry, siasatan mengenai dakwaan rasuah projek jana kuasa elektrik pada 2010 itu belum siap dan berkata ia mengambil masa untuk mencari bukti mendakwa mereka yang terbabit.

Kemas kini maklumat


Kelmarin, Chaudhry mengarahkan semua yang dituduh atas dakwaan rasuah dana itu ditahan selain meminta NAB me-ngemas kini maklumat kepada mahkamah mengapa ia tidak terjadi.

Pada Mac 2012, mahkamah mengarahkan prosiding perundangan terhadap Raja, yang ketika itu mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Asif Ali Zardari dan menyandang jawatan sebagai Menteri Air dan Elektrik ketika projek jana kuasa itu ditubuhkan.

Namun semalam, NAB memberitahu Mahkamah Agung ia adalah Mahkamah Perlembagaan dan tidak boleh menyiasat kes berkenaan.


Tunjuk perasaan
“Mandat kami adalah untuk memastikan penghakiman dilaksanakan,” kata Chaudhry.
Sementara itu seorang ulama, Tahir-ul Qadri, mengetuai berpuluh ribu penunjuk perasaan di luar Parlimen menuntut kerajaan meletak jawatan. - AFP

No comments:

Post a Comment