Friday, January 18, 2013

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai gantirugi kepada anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad

TERKINI : Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai gantirugi kepada anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu...

Keputusan itu dibuat panel hakim lima anggota diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum semalam sewaktu menolak permohonan semakan oleh Utusan Melayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu membayar gantirugi itu.

Panel hakim lain terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, juga mengarahkan Utusan membayar kos guaman RM10,000 kepada Khalid Samad.

Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment