Sunday, January 20, 2013

Drama padang pasir Sahara

pix_toprightAlgiers: Kumpulan militan Islam semalam mendakwa, mereka masih menahan sejumlah warga asing sebagai tebusan di loji gas terpencil di padang pasir Algeria, hampir 48 jam selepas operasi cubaan menyelamat membunuh sekurang-kurangnya 12 daripada rakan mereka.
Sumber keselamatan Algeria berkata, tujuh warga asing dijadikan tebusan kumpulan berkenaan, membabitkan tiga warga Belgium, dua Amerika Syarikat dan masing-masing seorang dari Jepun dan Britain.

Seorang anggota keselamatan mendakwa ada 10 warga asing masih menjadi tebusan di kompleks loji gas di Padang Pasir Sahara di timur laut Algeria itu. Kawasan berkenaan terletak berhampiran sempadan Libya. Kata sumber itu, selain 10 warga asing terbabit, lebih ramai pekerja loji berkenaan masih gagal dikesan, termasuk sekurang-kurangnya 10 warga Jepun dan lapan Norway. “Tiada sebarang perubahan sejak semalam (kelmarin) dan situasi di loji itu masih sama,” katanya. Sementara itu, media Algeria menyelar pihak berkuasa negara itu yang enggan memberikan butiran mengenai insiden berkenaan.
Menurut mereka, kebanyakan maklumat drama tebusan itu diperoleh dari media antarabangsa melalui agensi berita Mauritius, ANI.

Agensi berita ANI pula mendapat banyak maklumat daripada kumpulan yang menyerang loji berkenaan. Jurucakap kumpulan itu berkata, 34 tebusan maut apabila komando Algeria menyerbu loji berkenaan kelmarin, sehari selepas mereka menawannya.

Bagaimanapun, agensi berita Algeria, APS, mendakwa operasi ketenteraan itu mengorbankan 12 tebusan dan 18 penculik.
Namun, kata APS, 100 daripada 132 tebusan warga asing telah berjaya dibebaskan. - AFP

No comments:

Post a Comment