Wednesday, March 20, 2013

25 maut letupan di Nigeria


KANO, Nigeria 19 Mac - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam kejadian lima letupan di sebuah tempat letak bas di Kano, utara Nigeria semalam.
Serangan terancang itu berlaku selepas penyebaran satu rakaman suara lelaki yang menyatakan dia merupakan bapa kepada tujuh sekeluarga warga Perancis yang diculik oleh kumpulan militan Boko Haram.
Lelaki itu turut menyatakan tentang ancaman kumpulan militan tersebut untuk terus menculik dan melancarkan serangan berani mati di Cameroon, sekiranya pihak berkuasa negara ini menahan lebih ramai anggota Boko Haram.
Semua letupan tersebut memusnahkan beberapa bas di Sabon Gari yang merupakan kawasan penempatan golongan imigran beragama Kristian dari selatan Nigeria.
Pasukan polis dan tentera dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal situasi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_09/25-maut-letupan-di-Nigeria#ixzz2O3Z1cOxZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment