Wednesday, March 20, 2013

Rita Rudaini gagal hantar wakil




ABD. RADZAK (kanan) berbincang dengan Noor Ariff (dua dari kanan) ketika hadir di Mahkamah Syariah Seremban semalam.


SEREMBAN – Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak kecewa selepas menantunya, Rita Rudaini Mokhtar gagal menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai bagi proses permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Syariah di sini semalam.
Abd. Radzak Salleh, 64, berkata, beliau hadir ke mahkamah semalam sebagai wakil kepada anaknya, Mohamad Aidil, 26, namun kecewa kerana Rita, 37, tidak menghantar wakilnya.
Ekoran kegagalan Rita berbuat demikian, mahkamah menetapkan satu lagi tarikh iaitu 3 April ini untuk pelakon itu menghantar nama wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.
“Saya berharap masalah mereka dapat diselesaikan dengan segera kerana lagi banyak masa diambil, bermacam-macam cerita yang tidak baik timbul.
“Tindakan Rita (tidak menghantar wakil) menyebabkan saya berasa kecewa,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah di sini semalam.
Peguam, Noor Ariff Delia Ramli yang mewakili Mohamad Aidil berkata, beliau ada menerima surat daripada peguam Rita kelmarin yang memberitahu wakil pelakon itu tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2O1kC7wOP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment