Wednesday, March 20, 2013

Sabah selama-lamanya sebahagian Malaysia




KOMITMEN kerajaan mempertahankan Lahad Datu daripada pencerobohan pengganas Sulu membuktikan kerajaan tidak akan membenarkan seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Untuk itu, beliau menjelaskan, rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan.
"Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa pun. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan di sini malam tadi.
Beliau memberitahu, insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan.
"Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada.
"Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2O1k0pkjW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment