Wednesday, March 20, 2013

Siri letupan bom gegar utara Nigeria

KANO - Sekurang-kurangnya 25 maut dalam insiden letupan di kawasan perhentian bas di bandar Kano, utara Nigeria, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Dipetik laporan AFP, laporan awal mendakwa sebuah kereta mengandungi bahan letupan yang dinaiki dua pengebom berani mati merempuh sebuah bas di stesen New Road di Sabon Gari.

Beberapa letupan susulan turut berlaku selepas insiden pertama itu hingga mencetuskan panik kepada penumpang lain.

Pihak berkuasa turut memaklumkan mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dan mereka turut menjangkakan angka kematian mungkin meningkat.

Pada 20 Januari 2012, sekurang-kurangnya 185 terkorban dalam serangan berdarah didalangi kumpulan militan, Boko Haram yang menyasarkan pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment