Tuesday, April 9, 2013

Helikopter NATO terhempas di Afghanistan



KABUL (Afghanistan): NATO berkata salah sebuah pesawatnya terhempas di timur Afghanistan selepas ia mengalami masalah teknikal hari ini.

Pasukan Pembantu Keselamatan Antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berkata salah sebuah pesawatnya terhempas di timur Afghanistan hari ini, bagaimanapun pihaknya tidak dapat memberikan maklumat lanjut berikutan operasi mencari pesawat berkenaan.
Sementara itu, Ketua Daerah Pashir Wagam, Mir Baz Khan berkata, pesawat berkenaan difahamkan adalah sebuah helikopter yang mendarat cemas di lapangan pertanian. - AP

No comments:

Post a Comment