Tuesday, April 9, 2013

Nik Aziz pertahan DUN Chempaka, Hadi di Marang



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Pas di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan Presiden parti, Datuk Seri Hadi Awang kekal bertanding di Parlimen Marang.

No comments:

Post a Comment