UMNO Puchong telah memperolehi 2 keping tanah dengan harga di bawah pasaran. Bukan itu saja, mereka tidak membayar cukai tanah selama 2 tahun! Cukai tanah tertunggak masing-masing berjumlah RM26,935 dan RM110,870.
Sila "SHARE"!
Dua plot tanah itu masih kosong dan tiada pusat komuniti dibina di sana. Ini bertentangan dengan penjelasan Barisan Nasional (BN) apabila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan pengambilalihan 24 plot tanah Selangor oleh BN Selangor. Selain dua plot tanah yang dimiliki oleh UMNO, MCA dan Gerakan juga memiliki sebidang tanah di Puchong.
Tolak kerajaan yang merompak tanah rakyat! Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
----
Latar belakang isu SAT1M:
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim sebelum ini telah mendedahkan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) telah membeli sekurang-kurangnya 24 keping tanah dari kerajaan negeri semasa mereka memegang kuasa antara tahun 2000 hingga tahun 2008. Ini adalah tanah-tanah yang kebanyakannya berada di kawasan komersial, berjumlah sehingga 34.5 ekar dan "dijual" kepada UMNO, MCA, MIC dan Gerakan untuk RM1 sekaki persegi. Dianggarkan tanah-tanah ini bernilai RM200 juta.
“Rakyat nak dapat tanah di Selangor susah. Mereka naik turun pejabat tanah untuk minta tapak tanah tetapi susah dapat. Dulu setinggan di Lembah Jaya, Berembang dihalau. Mereka (UMNO, MCA, MIC dan Gerakan) menggunakan kesempatan ketika memerintah untuk memboloh tanah kerajaan, sedangkan rakyat sukar menperolehnya walaupun seekar. Ini mungkin ciri-ciri sapu 1Malaysia.” kata Ng Suee Lim.
Tolak kerajaan yang sapu tanah rakyat! Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
No comments:
Post a Comment