Tuesday, April 9, 2013

Rumah penasihat TPM Thai dibaling bom



Narathiwat: Rumah seorang daripada penasihat Timbalan Perdana Menteri (TPM) Thailand diserang dengan dua butir grenad awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rangae, Somboon Sakhon berkata, pemilik rumah itu ialah Najmuddin Uma yang menjadi penasihat kepada Chalerm Yubamrung bagi menangani kekacauan di selatan Thailand.


Kata Somboon, letupan grenad M-79 itu menyebabkan rumah Najmuddin berlubang besar di bumbung dan siling rumahnya. “Tingkap depan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran rumah itu turut musnah,” katanya. Najmuddin adalah seorang daripada sembilan anggota kumpulan Wadah yang menjalin hubungan baik dengan kerajaan bagi menamatkan konflik berpanjangan di selatan Thailand.

Penyiasat berkata, dua lelaki bermotosikal dipercayai melepaskan grenad ke arah rumah Najmuddin sebelum melarikan diri. Ia adalah serangan kedua disasarkan ke rumah Najmuddin dalam tempoh setahun. - BP

No comments:

Post a Comment