Tuesday, April 9, 2013

Sapu Tanah 1Malaysia

Tanah yang diperolehi oleh UMNO Subang pada tahun 2004 dengan harga serendah RM1 kaki persegi sekarang nilainya telah mencecah sekitar RM200 kaki persegi selepas pembinaan kondominium. Ia merangkumi sebanyak 200 unit dengan anggaran kasar nilai pembangunan mencapai RM 90 juta.

Barisan Nasional telah menyalahgunakan kuasanya sebagai kerajaan negeri untuk mendapat tanah dengan harga murah dan mengaut keuntungan yang besar dengan penjualan tanah atau usahasama. Tambahan pula, pemaju kondominium ini adalah Matroz Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang 100% dimiliki oleh orang bukan Melayu. Siapakah yang menjual hak orang Melayu sebenarnya ?

Tolak kerajaan yang merompak tanah rakyat! Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Untuk maklumat lanjut pendedahan ini, sila rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/215848

---

Latar belakang isu Sapu Tanah 1Malaysia (SAT1M):

Ahli dewan undangan negeri DAP Sekinchan YB Ng Sue Lim telah mendedahkan kerajaan Barisan Nasional di Selangor telah memperolehi sebanyak 24 tanah kerajaa pada harga hanya RM1 kaki persegi. Jumlah tanah mencecah sehingga 1.5 juta kaki persegi dengan anggaran nilai sebanyak RM200 juta.

Semua tanah ini merupakan tanah yang bernilai tinggi seperti tanah komersial. Selepas memperolehi tanah, parti-parti komponen BN -UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dengan cepatnya melibatkan diri dalam usahasama atau menjual tanah untuk keuntungan yang merangkumi ratusan ribu dan juta ringgit. Daripada 24 keping tanah tersebut, UMNO telah memegang sebanyak 15 keping tanah, sementara MCA, MIC, Gerakan masing-masing 5 ,3 dan 1 dengan harga serendah RM1 kaki persegi.

No comments:

Post a Comment