Tuesday, April 9, 2013

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD BUAT 38 PINJAMAN BANK DUNIA.



Semakan berdasarkan pautan di bank dunia Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mach 1999.

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Dato Seri kononya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia,tidak benar,sebaliknya Mahathir bohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.

Ketika menulis dalam blognya Mahathir mengaku pinjaman sebanyak USD300 Juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998,untuk makanan,pendidikan tinggi dan program Mikrokredit.

Selepas Dato Seri dipecat,kerajaan membuat tiga pinjaman daripada bank dunia menurut Mahathir sebanyak USD100 Juta ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999,Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 Juta dan Pinjaman sektor pendidikan sebanyak USD217 Juta.

Ketiga-tiga pinjaman itu diluluskan selepas Dato Seri dipecat daripada jawatan Menteri Kewangan dan kedudukanya diambil alih oleh Mahathir.Ketiga-tiga dokumen pinjaman itu membuktikan rundingan berlaku selepas Dato Seri di penjara dan dipecat dari kabinet.

Pentadbiran umno sejak zaman Mahathir menuduh Dato Seri Dr.Anwar Ibrahim dengan pelbagai tohmahan termasuk akur kepada polisi ditetapkan Bank Dunia dan IMF semasa krisis nilai mata wang melanda Malaysia
-KeADILan Lahad datu.

No comments:

Post a Comment