Tuesday, April 9, 2013

Pervez Musharraf didakwa atas tuduhan membelot



09/04/2013 3:18am

ISLAMABAD - Mahkamah Agung Pakistan memerintahkan bekas presiden, Pervez Musharraf hadir hari ini bagi menjawab dakwaan membelot dan melarang beliau daripada meninggalkan negara tersebut.
Perintah itu dikeluarkan selepas Mahkamah Agung mendengar permintaan sepasukan peguam agar bekas pemerintah tu dibicara kerana melaksanakan darurat dan menangkap beberapa hakim pada 2007 yang membawa kepada kejatuhan beliau.
Pervez dibenarkan menjadi calon di Chitral, pedalaman utara Pakistan untuk pilihan raya umum pada 11 Mei depan tetapi tiga lagi pencalonan beliau ditolak berikutan dakwaan tersebut.
Hakim berkenaan mengarahkan polis menyerahkan notis perintah hadir itu kepada Pervez. Beliau dipercayai berada di ibu kota Pakistan di sini sejak minggu lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2Pugdo3qs 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment