Tuesday, May 21, 2013

Fitnah elemen AS dalam KEADILAN, blogger Umno ‘lacur’ kajian akademi.



KUALA LUMPUR : Blogger Umno BN tidak perlu berselindung dengan nama kajian akademi untuk memfitnah kononnya KEADILAN mempunyai hubungan dengan kuasa asing khususnya Amerika Syarikat yang berpotensi merosakkan kedaulatan Malaysia, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Ahli Parlimen Kuantan itu berkata demikian mengulas tuduhan blogger Kuda Kepang, Ruhanie Ahmad bahawa pilihan raya umum (PRU) lalu menunjukkan KEADILAN menjadi ejen rejim asing yang menguntungkan Amerika.
“Tuduhan itu bukan sesuatu yang baru kerana dari zaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin mahasiswa lagi, blogger Umno BN cuba mencipta teori yang mengaitkan peranan beliau dengan kuasa asing,” ujarnya kepada Keadilan Daily.
Tambah Fuziah, tidak hairan sekiranya Anwar mempunyai hubungan dengan mana-mana pemimpin negara luar kerana beliau memang terkenal sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh.
“Tetapi hubungan itu lebih kepada bentuk diplomatik seperti hubungan antara Perdana Menteri Malaysia dengan pemimpin luar. Dalam hal ini, sepatutnya tidak timbul isu siapa jadi ejen siapa.
“Rakyat juga sudah faham dan jelak dengan taktik kotor Umno BN yang sedaya upaya memburukkan imej Pakatan Rakyat walaupun keputusan PRU lalu menunjukkan propaganda murahan mereka langsung tidak mempengaruhi minda pengundi,” katanya.
Ditanya mengenai latar belakang Ruhanie yang berkelulusan kajian Geopolitik dan Kajian Keselamatan, Fuziah berkata, Umno BN akan menggunakan sesiapa sahaja yang boleh diperalatkan dengan wang ringgit asalkan kajian mereka menyebelahi Umno BN.
“Lihatlah blogger lucah seperti Papagomo pun Umno BN sanggup peralatkan, janji mereka menyerang Pakatan,” sinisnya.

No comments:

Post a Comment