Seoul: Korea Utara semalam melancarkan misil jarak dekatnya yang kelima dalam masa tiga hari.
Negara itu juga mengecam Korea Selatan kerana menyelar apa yang disifatkannya sebagai latihan ketenteraan yang sah.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, satu misil dilepaskan pagi semalam tetapi tidak dapat mengenal pasti jenis misil yang digunakan.
Tindakan Korea Utara itu dilakukan selepas lebih dua bulan ia mengancam melancarkan perang nuklear ke atas Korea Selatan dan Amerika Syarikat jika diserang.
Pyongyang mengecam latihan bersama tentera antara Amerika Syarikat dengan Korea Selatan yang berakhir pada April dengan menyifatkannya sebagai latihan untuk menyerang wilayahnya.
“Kami mengadakan latihan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan kami,” katanya. - AP
No comments:
Post a Comment