Tuesday, May 21, 2013

Wanita Saudi pasang trak



Jeddah: Seramai 13 wanita Arab Saudi dilatih memasang komponen trak untuk Mercedes-Benz dan syarikat usahasamanya di Jeddah, membuktikan kejayaan wanita meraih tempat dalam pekerjaan didominasi lelaki di negara itu.

Pengerusi syarikat automotif Juffali, Khaled Juffali membuat pengumuman itu ketika lawatan oleh Menteri Perdagangan dan Industri, Tawfiq al-Rabiah.
Syarikat itu mengeluarkan 5,000 trak setahun di Jeddah dalam usaha sama dengan Mercedes-Benz.

Syarikat terbabit melatih 13 wanita dalam kerja teknikal pemasangan komponen ringan jentera berat. Wanita berkenaan kini melakukan kerja pemasangan kenderaan. - Saudi Gazette

No comments:

Post a Comment