Tuesday, August 19, 2014

Hadi serah kepada Sultan Selangor terima Wan Azizah

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah), tiba di bangunan pejabat PAS bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.
 
KOTA BHARU: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada memperkenankan atau tidak, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, parti berhak mencalonkan sesiapa sebagai calon Menteri Besar tapi keputusan akhir adalah pada Sultan Selangor.

Katanya, PAS menerima apa sahaja keputusan Sultan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tapi kita berharap perkara seperti itu tidak berlaku," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment