• Zulkefly-Mohamad-Omar
 1 / 1 
SEREMBAN - Keputusan Pas menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bukan sekadar menjaga hubungan baik dalam PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Zulkefly Mohd Omar berkata, keputusan itu dibuat sendiri pimpinan Pas Pusat tanpa pengaruh DAP dan PKR.

“Keputusan meletakkan dua nama, iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin, adalah bagi membolehkan Sultan Selangor membuat pilihan.

“Kita hormati rakan parti dan keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama pemimpin Pas dan itulah pendirian kita,” katanya, semalam.

Menurutnya, PR mempunyai majoriti di Selangor dan tidak mungkin melakukan pembubaran Dun.

“Abdul Khalid seharusnya menyerahkan kepada PR bukannya terus memegang kerusi menteri besar kerana beliau sudah hilang sokongan dan kepercayaan parti.

“Jika Abdul Khalid mahu membubarkan Dun, bermakna beliau sudah mengkhianati rakyat,” katanya.