Tuesday, August 19, 2014

Konvoi pelarian Ukraine ditembak pemberontak


KIEV 19 Ogos - Berpuluh-puluh orang pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban, selepas konvoi bas yang mereka naiki ditembak roket berhampiran timur bandar Luhansk, semalam.
Jurucakap tentera Ukraine, Andriy Lysenko menuduh konvoi berkenaan ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia, bagaimanapun pemberontak menafikan bertanggungjawab melakukan pembuatan tersebut.
"Pemberontak mengetahui akan konvoi berkenaan dan mahu memusnahkannya. Setakat ini kami masih belum tahu jumlah korban yang sebenar," jelasnya.- REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_03/Konvoi-pelarian-Ukraine-ditembak-pemberontak#ixzz3AmmruCUT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment