Tuesday, August 19, 2014

Tak tidur tunggu berita identiti jenazah


Dia yang ditemui wartawan di pejabatnya semalam mendakwa jumlah 26 mangsa warga Malaysia yang dikenal pasti setakat ini masih kekal. 
“Kami kerap tidak tidur menunggu perkembangan (penemuan baru identiti mangsa). Selepas mendapat pengesahan, saya terus memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa di Malaysia. 

“Pihak kami akan sentiasa mengemas kini maklumat terbaru berhubung jenazah rakyat Malaysia yang dapat dikenal pasti identiti,” katanya.
Foto
BUKU peringatan yang dipenuhi dengan ucapan takziah daripada rakyat Belanda di Kedutaan Malaysia.

Beliau berkata, pasukan Malaysia yang dipertanggungjawab membawa jenazah pulang ke tanah air Khamis ini melakukan tugas penuh dedikasi.

“Pihak berkuasa Belanda turut memuji sikap profesional anggota dan pegawai Malaysia sepanjang proses pengurusan jenazah mangsa. 

“Mereka kagum dengan kecekapan pegawai JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) menguruskan enam jenazah dalam tempoh sehari,” katanya. 

Menurutnya, tidak semua mampu menjalankan tugas berkenaan dalam situasi sebegini. 

“Setakat ini, semua urusan membawa pulang jenazah mangsa MH17 dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Malaysia Khamis ini berjalan lancar. 

“Saya akan pulang ke Malaysia esok dan turut bersama-sama menyambut jenazah di Kompleks Bunga Raya, KLIA Jumaat nanti,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

No comments:

Post a Comment