Tuesday, August 19, 2014

Ingatan buat mangsa tetap segar



Galeri khas Reflection MH17 di di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol disediakan khas untuk memperingati mangsa tragedi nahas MH17.


AMSTERDAM (Belanda) - Suasana sepi menyelubungi galeri khas Reflection MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini kelmarin walaupun ramai pelancong asing dan rakyat tempatan memenuhi ruang itu bagi memberi penghormatan sempena genap sebulan tragedi nahas penerbangan Malaysia (MAS) MH17 semalam.
Hujan renyai di sekitar bandar ini sejak awal pagi seolah-olah turut menangisi pemergian kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas itu pada 17 Julai lalu ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Tinjauan Bernama di galeri itu mendapati ada pelawat yang meletakkan kuntuman bunga, surat, mesej, gambar, lilin, bendera dan pelbagai barangan sebagai tanda takziah dan kenangan buat mangsa.
Ada yang bertafakur, ada yang memeluk anggota keluarga sambil menangis ketika mendekati sudut yang memaparkan gambar dan maklumat mengenai kesemua penumpang dan anak kapal MH17.

ORANG ramai mengabdikan pelbagai nukilan mengingati mangsa di galeri khas Reflection MH17.


Kesan titisan air mata juga menjadi sebahagian daripada kandungan di dalam buku takziah di galeri itu.
Menurut petugas galeri berkenaan yang enggan dikenali, berpuluh-puluh buku takziah telah disediakan di ruang itu sejak bulan lalu.
Seorang pelancong kanak-kanak dari Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Leonardo, 10, berkata, beliau menulis 'Kami akan sentiasa bersama anda' di dalam buku takziah itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3Amy2eTWt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment