Tuesday, September 30, 2014

12 terbunuh dalam bedilan di timur Ukraine

ISNIN, 29 SEPTEMBER 2014 @ 6:22 PM

 
KIEV: Pertempuran antara pemberontak Russia dan tentera kerajaan di timur Ukraine mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan 32 orang, iaitu yang paling ramai dalam tempoh seminggu.

Kolonel Andriy Lysenko berkata sekurang-kurangnya sembilan askar terbunuh dan 27 cedera.

Majlis Bandaraya Donetsk menyatakan sekurang-kurangnya tiga orang awam turut terbunuh dan lima cedera dalam bedilan di kawasan perumahan di utara di mana pertempuran tertumpu di lapangan terbang yang dikuasai kerajaan.

Keganasan terus berlaku walaupun gencatan senjata diisytiharkan pada 5 September lalu.

Konflik yang bermula April lalu sudah meragut sekurang-kurangnya 3,500 nyawa. - AP

No comments:

Post a Comment