Tuesday, September 30, 2014

Britain timbang koc wanita untuk perangi serangan seksual

Menteri Pengangkutan, Claire Perry.
BIRMINGHAM, United Kingdom: Britain mungkin memperkenalkan koc untuk wanita bagi memerangi peningkatan serangan seksual terhadap penumpang tren, menurut Menteri Pengangkutan, Claire Perry.
Perry berkata, beliau "amat bertekad" untuk melakukan apa saja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan kes serangan berkenaan.
"Mereka memperkenalkan tempat duduk untuk wanita di Jepun kerana terdapat masalah khusus iaitu perbuatan meraba dan keganasan peringkat rendah," katanya pada persidangan Parti Konservatif di Birmingham.
"Ia adalah satu persoalan yang menarik dan saya akan melihat kepada semua idea."
Perangkaan polis pengangkutan Britain menunjukkan peningkatan 21 peratus dalam jenayah seksual sehingga Mac lalu .
- AFP

No comments:

Post a Comment