Tuesday, September 30, 2014

Susilo ‘Bapa Antidemokrasi’


Penyelaras protes, Syafti Hidayat berkata, Presiden Indonesia itu layak diberi gelaran ‘Bapa Antidemokrasi’ hasil keputusan undian di parlimen negara itu minggu lalu.

“Anugerah ini perlu disampaikan secara terbuka.
“Justeru, kami perlu menyambut beliau di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma,” katanya.

Susilo yang berada pada hari-hari terakhir pemerintahannya sedang berada di luar negara dan dijadual tiba di Indonesia malam ini.

Semakan dengan Pejabat Media Istana Presiden menunjukkan Susilo, isteri dan rombongannya mendarat pada jam 12.30 tengah malam.
Foto
beberapa warga Indonesia menyambut Susilo dengan tunjuk perasaan di depan hotel penginapannya di Washington.
Susilo dan rombongannya melawat Portugal, Amerika Syarikat dan Jepun selama 12 hari.

Syafti berkata, protes itu adalah respon terhadap kegagalan peranannya dalam perbahasan dan pengundian meminda rang undang-undang pemilihan ketua kerajaan tempatan.
Beberapa pihak menganggap Susilo adalah pencetus kepada pindaan berkenaan.

“Ketika rakyat berteriak kerana hak politiknya dirampas, presiden pula bergembira menerima penghargaan di luar negara.

“Justeru memang layak rakyat menyambut kedatangan Susilo dan memberi penghargaan,” katanya, semalam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment