Saturday, October 4, 2014

Kumpulan Wartawan Serah Petisyen Kepada Pejabat Perdana Menteri


Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 10:49 PM
Dari kiri: Alyaa Alhadjri dan Fazallah (Geramm), Tashny dan Lim Hui Ying (IOJ) di Pejabat Perdana Menteri, Jumaat.

PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.

Menurut satu kenyataan mereka, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.

Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco.
mstar

No comments:

Post a Comment