Berikutan itu, beliau mencadangkan agar kesalahan itu dimansuhkan memandangkan kewujudan peruntukan tersebut tidak konsisten dengan amalan demokrasi.
“Malah, untuk berkempen pilihan raya pun tidak boleh. Sebab itulah selama ini tiada sesiapapun yang dituduh atas kesalahan itu.
“Jika demikian, untuk apa kesalahan itu dikekalkan dalam undang-undang. Ini hanya memberi gambaran bahawa kerajaan bersifat autokratik,” katanya dalam ucaptama Konvensyen Perpaduan Nasional anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam Penggerak Perpaduan Nasional di Pusat Islam di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hamid turut mengemukakan enam lagi cadangan iaitu:
* Urusan mengenai Akta Hasutan 1948 perlu dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
* Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.
* Prosedur biasa yang mana kementerian menentukan dasar dan penggubalan dibuat Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet perlu diikuti.
* Ketepikan draf Rang Undang-undang Harmoni yang digubal oleh Majlis Peguam.
* Akta Hasutan hendaklah dilaksanakan dengan tegas.
* Bubarkan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar. - UTUSAN ONLINE