Sunday, November 23, 2014

Kes saman Presiden PAS ditangguh lagi 7 Dis


HARAKAHDAILY | .
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan perbicaraan kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguh 7 Disember depan disebabkan ketidakhadiran saksi plaintif.
Saksi plaintif iaitu wartawan Kosmo tidak hadir perbicaraan.
Pada perbicaraan 28 Oktober lalu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menangguhkan perbicaraan ke hari ini kerana saksi pihak plaintif iaitu wartawan berkenaan dimaklumkan tidak hadir.
Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.
Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.
Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 23/11/2014

No comments:

Post a Comment