Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, wanita tempatan kebanyakannya terpaksa mencari masa depan yang lebih baik di luar negara kerana peluang yang terhad di Indonesia sekali gus mengakibatkan ramai kaum itu mengalami penderaan mental dan fizikal.
“Kami akan menghentikan semua ini (layanan buruk ke atas pekerja). Masalah dengan TKW akan berakhir dalam tempoh lima tahun. Kita mesti berhenti daripada menghantar mereka ke luar negara,’’ katanya pada persidangan wanita Nahdlatul Ulama (Fatayat NU) di sini, semalam, lapor Jakarta Globe.
Jusuf berkata, sektor pertanian akan menjadi sumber utama pekerjaan pada masa hadapan di Indonesia diikuti kerja perindustrian ringan.
Sementara itu, kumpulan sokongan pekerja asing Indonesia, Migrant Care, menganggarkan, antara 400-500 pekerja asing Indonesia diperas ugut oleh pegawai keselamatan dan imigresen pada setiap hari, sekembalinya mereka ke Indonesia.
Kes itu antaranya melibatkan pegawai polis, tentera dan pegawai kerajaan lain.