Muka depan majalah Voici, memaparkan gambar pertama Hollande serta Gayet. – AGENSI
Gambar yang dipaparkan pada muka depan majalah Voici semalam, menunjukkan Hollande dan Gayet berbual disertai tajuk Gambar sepasang kekasih sedang bercinta, lapor Mail Online.
Dalam gambar itu, Hollande memakai sepasang sut dan bertali leher sambil bersandar pada kerusi, manakala Gayet memandang Hollande dengan penuh kasih sayang.
Malah terdapat spekulasi di Paris hari ini menyatakan bahawa Hollande membenarkan gambar yang dikaburkan itu untuk diterangkan sebagai mesej kepada bekas kekasihnya, Valerie Trierweiler yang kerap menyakitkan hatinya.
Ketika gambar Hollande bersama Gayet didedahkan, Trierweiler dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Britain bagi mempromosikan bukunya bertajuk, A story of love, power and betrayal.
Buku itu menceritakan kecurangan Hollande dengan Gayet, yang menjadi punca perpisahan mereka pada awal tahun ini.
Sementara itu, menurut sumber, Gayet yang juga seorang pelakon, kerap dilihat tampil di Istana Elysee sejak beberapa bulan kebelakangan ini dipercayai menggunakan pintu belakang istana tersebut.