Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, unit khas itu akan menjalankan tugas pemantauan, khususnya di media baharu tentang segala isu yang melibatkan agama Islam.
Beliau berkata, Jakim dan JAIN akan mengemukakan maklumat yang disebarkan melalui media baharu itu kepada SKMM bagi tujuan sekatan untuk mengelakkannya daripada terus tersebar.
“Kita sentiasa bersama-sama mengambil tindakan bagi mencegah gerakan ini (hina Islam) daripada berleluasa melalui tindakan pemantauan, penguatkuasaan dan penjelasan kepada masyarakat.
“Malah, sepanjang 2013, sebanyak 39 laman web yang didapati menghina Islam telah dikenakan tindakan sekatan oleh SKMM,” katanya ketika menjawab so­alan Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (BN-Sabak Bernam) tentang langkah kerajaan menyekat tindakan memfitnah dan menghina Islam dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, Jakim dan JAIN akan mengadakan lebih banyak program bagi memantapkan lagi akidah umat Islam.
“Program-program sedemikian bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang cara untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi agar mereka lebih bertanggungjawab dalam maklumat yang disampaikan,” jelasnya.