Friday, June 5, 2015

Rakyat Saudi boleh saman raja


Jeddah: Rakyat Saudi boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap raja, putera mahkota atau anggota keluarga diraja lain, kata Raja Salman, semalam.

Bercakap kepada pegawai kanan yang bertanggungjawab memerangi rasuah di sektor awam dan swasta, Salman berkata, tidak seperti keluarga diraja negara lain, keluarga diraja Saudi tidak ada imuniti.

“Jika anda melihat ada kes yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat, individu atau kabilah, sila ambil tindakan, tidak kiralah jika ia membabitkan keluarga diraja, termasuk saya dan putera mahkota.

“Saya lebih utamakan hak rakyat daripada hak saya sendiri,” katanya.

Katanya, memerangi rasuah adalah satu tanggungjawab dan ia termaktub dalam al-Quran juga sunnah Rasulullah SAW. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 6:49 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55778#sthash.twwpO6zk.dpuf

No comments:

Post a Comment