WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat penerbangan United Airlines. membuat permohonan maaf kepada seorang wanita Islam Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama ketika menaiki pesawat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Tahera adalah pelanggan United Airlines dan pihaknya memohon maaf kepada beliau di atas apa yang berlaku ketika di dalam penerbangan.

Sementara itu menurut laporan Press TV, jurucakap syarikat  Charles Hobart memberitahu, selepas menyiasat perkara itu, syarikat telah memastikan bahawa pramugari dari Shuttle Amerika tidak akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan United.

"United tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi terhadap pelanggan atau kakitangan syarikat," katanya tanpa memberitahu sama ada pekerja terbabit dipecat atau tidak.

Minggu lalu, kisah Tahera Ahmad, 31, di media sosial Facebook menjadi viral selepas pembantu penerbangan enggan memberi minuman tin belum dibuka kepadanya kerana bimbang ia mungkin digunakan sebagai senjata.