Saturday, September 18, 2010

Tempoh reman Ariel dilanjut dua bulan lagi

JAKARTA: Pihak berkuasa dan badan kehakiman memerlukan masa untuk menyelesaikan kes video lucah Ariel. Ibu Pejabat Polis di Jakarta melanjutkan tempoh reman Ariel atau Nazriel Ilham hingga 60 hari lagi.
Ketua Bidang Penerangan Umum Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeto membenarkan supaya tempoh penahanan Ariel dilanjut hingga dua bulan lagi.
“Ya, tempoh penahanan Ariel akan dilanjut hingga 60 hari lagi,” tutur Marwoto ketika dihubungi, semalam.

Menurut Marwoto, polis melanjutkan tempoh penahanan kerana perlu melakukan siasatan secara lebih terperinci terhadap kes itu. Ariel akan dihukum sembilan tahun penjara jika sabit kesalahan. “Ariel boleh dihukum penjara sembilan tahun jika didapati bersalah, namun semuanya bergantung kepada perbicaraan kes kelak,” tambah Marwoto. Tempoh reman Ariel selesai empat hari lagi dan pihak polis dibenarkan untuk menahan Ariel dengan tempoh maksimum lima bulan sejak penyanyi itu mula-mula ditahan. - Agensi

No comments:

Post a Comment