Saturday, October 2, 2010

Askar selamatkan Presiden Ecuador





2010/10/02

CORREA yang duduk atas kerusi roda dan memakai topeng gas diselamatkan anggota keselamatan yang menyerbu sebuah hospital tempat Presiden Ecuador itu ditahan, semalam. Gambar kecil ialah Correa.
CORREA yang duduk atas kerusi roda dan memakai topeng gas diselamatkan anggota keselamatan yang menyerbu sebuah hospital tempat Presiden Ecuador itu ditahan, semalam. Gambar kecil ialah Correa.
Rafael Correa diculik polis memberontak kerana marah bonus kena potong

QUITO: Presiden Ecuador, Rafael Correa berjaya kembali ke istana presiden selepas anggota polis yang setia menyelamatkannya daripada satu pemberontakan rakan sekerja mereka menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut.
Palang Merah berkata, dua anggota polis terbunuh dan 37 orang cedera dalam operasi itu lewat kelmarin yang membebaskan Correa dari Hospital Polis Nasional selepas 12 jam dikepung polis pemberontak yang dikatakan mahu membunuhnya.
“Kami berjaya membebaskan beliau,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Edwin Jarrin.

Beliau segera dibawa ke tempat selamat oleh tentera dan unit operasi khas polis elit dan muncul di atas balkoni di istana presiden sambil disambut sorakan penyokongnya.

“Kita tidak akan berunding apa-apa di bawah tekanan,” Correa yang gembira, memberitahu penyokongnya bahawa beliau memberitahu penculiknya: “Atau saya keluar sebagai presiden negara yang berharga ini atau keluar sebagai mayat.”

Usaha menyelamat itu turut meliputi keganasan dramatik seharian dan kekeliruan yang bermula awal pagi kelmarin apabila sekumpulan polis yang berang berhubung satu undang-undang yang akan memotong bayaran bonus, bangkit memberontak pemberontakan dan merampas berek di sini, Guayaquil dan Cuenca. 
Correa kemudian pergi ke berek polis itu untuk berdepan pemberontak dan memberitahu mereka beliau tidak akan berundur.

“Jika anda mahu bunuh presiden, beliau ada di sini. Bunuh saya jika anda mahu. Bunuh saya jika anda boleh. Bunuh saya jika anda cukup berani, bukannya bersembunyi di celah orang ramai.”

Namun kemarahan anggota polis memuncak di berek terbabit dan presiden terpaksa beredar apabila pertempuran meletus dan gas pemedih mata meletup berhampirannya. 

Dikelilingi asap terbabit, beliau dibawa menggunakan pengusung ke hospital berhampiran. Bagaimanapun, sebaik berada di dalam, Correa gagal untuk keluar, dikelilingi polis pemberontak ketika pertembungan meletus di jalanan di ibu kota ini dan pemberontak menyerbu Kongres dan merampas lapangan terbang utama selama beberapa jam.

Satu unit operasi khas polis setia melindungi presiden dan menghalang pemberontak, kata Correa selepas usaha menyelamatkannya.

“Jika tidak kerana mereka, kumpulan samseng yang mahu membunuh, mahukan darah, mereka mungkin masuk ke hospital untuk mencari presiden dan saya mungkin tidak dapat memberitahu anda semua ini kerana saya sudah berada di alam lain,” katanya. – AFP

No comments:

Post a Comment