Saturday, October 2, 2010

Tunggu saya balik Malaysia: Ku Li




SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan beliau sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan. 

Katanya, sehingga kini beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya walaupun pengumuman mengenai perkara itu telah dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin empat hari lalu. 

"Saya tidak mengatakan ya atau tidak mengenai perkara itu. 

"Biarlah saya menilai mengenainya dan tunggu saya pulang ke Malaysia," katanya melalui laman Twitter, semalam. 

Muhyiddin sebelum ini berkata, pemilihan Ku Li telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO bagi membincangkan persiapan parti menghadapi pilihan raya tersebut. 

Pelantikan juga dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai Timbalan Pengarah pilihan raya berkenaan dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

No comments:

Post a Comment