Saturday, October 2, 2010

OIC kutuk kartun hina nabi disiar lagi





2010/10/02

JEDDAH: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kelmarin mengutuk penerbitan baru kartun menghina Nabi Muhammad yang mencetuskan bantahan ganas antarabangsa lima tahun lalu. 

Dalam kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata pihak berkuasa Denmark perlu memikul tanggungjawab moral atas penerbitan karikatur itu, kali ini dalam buku bertajuk, The Tyranny of Silence.
Flemming Rose, pengarang budaya akhbar harian Denmark Jyllands-Posten, menerbitkan semula kelmarin kartun lukisan Kurt Westergaard, pada mulanya diterbitkan akhbar itu pada 2005.
“Penerbitan buku itu satu cubaan sengaja untuk mencetuskan perbezaan mazhab dan melemahkan usaha masyarakat antarabangsa untuk mengukuhkan kerjasama secara aman antara pengikut pelbagai agama,” kata Ihsanoglu. 

“Ia adalah satu pelanggaran dalam artikel ke-20 Pematuhan Antarabangsa ke atas Hak Awam dan Politik (ICCPR) 1966, selain melanggar artikel 140 undang-undang Denmark yang menetapkan perlindungan ke atas sentimen mempersendakan agama dan artikel 266 bagi perlindungan ke atas penghinaan agama.” 

Beliau menambah, penerbitan buku itu mengesahkan semula kebimbangan OIC mengenai penyalahgunaan hak kebebasan bersuara bagi memburukkan dan menyebarkan Islamofobia di Barat. 

Ihsanoglu berkata, beliau membincangkan isu itu bersama Menteri Luar Denmark, Lene Esperson di New York. 
Diplomat dari negara Islam berpusat di Copenhagen menggesa kerajaan Denmark menghentikan penerbitan buku Rose itu, yang memaparkan 12 kartun anti-Islam. – Agensi

No comments:

Post a Comment