Saturday, October 2, 2010

Warga Indonesia demonstrasi aman bantah Bendera




KUANTAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mengesahkan tidak ada tangkapan ke atas warga Indonesia yang mengadakan demonstrasi semalam kerana memprotes tindakan penunjuk perasaan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), 23 Ogos lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mereka melakukan demonstrasi secara aman di Taman Kerang berdekatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 kira-kira jam 11 pagi. 

Menurutnya, kumpulan 200 pekerja kilang itu hanya mahu menyampaikan rasa tidak puas hati mereka kepada kumpulan Bendera yang melakukan kekecohan menyebabkan di antara dua negara. 

“Kita hanya memantau demonstrasi ini dan tidak ada tangkapan kerana ia dilakukan secara aman dan melahirkan hak untuk bersuara kepada pihak yang menimbulkan ketegangan di antara Malaysia dan Indonesia,” katanya. 

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat mengenai demonstrasi itu bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam. 

Bagaimanapun, tidak ada ketegangan yang berlaku kerana mereka bersurai secara aman dan kembali ke tempat kerja masing-masing.

No comments:

Post a Comment