Thursday, December 16, 2010

Anwar mahu Mahathir minta maaf




KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengemukakan surat bagi menuntut permohonan maaf daripada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa akhbar berhubung pendedahan WikiLeaks mengenai tuduhan liwat membabitkannya.
Peguam Datuk Seri Anwar, Encik S.N. Nair, berkata beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Dr Mahathir kelmarin.Pihaknya juga menuntut supaya Dr Mahathir menarik balik kenyataannya itu.Sebarang tindakan lanjut, sama ada memfailkan saman atau tidak, bergantung pada reaksi terhadap surat tuntutan berkenaan.'Pada peringkat ini kami masih lagi dalam proses perbincangan dan mengumpulkan maklumat untuk dikemukakan sebagai bukti,' katanya seperti ditukil Berita Harian Malaysia.Sementara itu, pengarah strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Tian Chua, menggesa Singapura agar menjelaskan kandungan kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks itu.Beliau sudah menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk meminta penjelasan.'Jika kabel itu sahih, ulasannya sesuatu yang ofensif bagi Malaysia,' katanya.Sewaktu ditanya sama ada Datuk Seri Anwar akan turut menyaman Menteri Pembimbing Singapura, Encik Lee Kuan Yew, Encik Nair menjawab:'Sehingga kini, belum ada sebarang arahan daripada anak guam saya untuk menyaman Encik Lee.' - The Star, Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment