Thursday, December 16, 2010

AS: Pyongyang ada satu lagi loji perkaya uranium




WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Barack Obama merumuskan bahawa loji terbaru Korea Utara untuk memperkaya uranium menggunakan teknologi 'jauh lebih canggih' daripada yang hendak dimajukan Iran selama dua dekad.
Para pegawai kanan Amerika dan Korea Selatan berkata loji terbaru itu tidak dapat dibangunkan sebegitu pantas kecuali ada rangkaian sulit tapak rahsia yang lain - mungkin sebuah loji pemperkaya uranium - di tempat lain di negara itu.Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Philip Crowley, kelmarin berkata Korea Utara mempunyai 'setidak-tidaknya satu lagi' tapak pengayaaan uranium selain daripada yang didedahkan kepada pakar Amerika bulan lalu.Kenyataan itu menguatkan lagi kenyataan yang dibuat lebih awal oleh Menteri Luar Korea Selatan, Encik Kim Sung-Hwan, yang mengesyaki Pyongyang mungkin menyembunyikan kemudahan sulit memperkaya uranium.'Kami sedar bahawa pendedahan yang dibuat kepada perwakilan Amerika baru-baru ini tidak muncul secara tiba-tiba. Ia sudah tentu membayangkan kerja-kerja turut dilakukan pada satu tapak yang lain,' kata Encik Crowley kepada pemberita. -- AP, AFP.

No comments:

Post a Comment