Thursday, December 16, 2010

Artis India intai peluang ke Hollywood




2010/12/16
Bipasha Basu dapat tawaran berlakon filem ‘Singularity’

NEW DELHI: Ketika Hollywood semakin banyak membawa masuk pelakon India dan Asia ke dalam filem mereka, bintang terkenal India kini mengintai peluang mencipta nama dalam industri itu. 

Pelakon Slumdog Millionaire, Anil Kapoor berjaya mendapat peranan dalam filem Mission Impossible, sementara Irrfan Khan, yang bekerja dengan Angelina Jolie dalam A Mighty Heart, mendapat peranan dalam kedua-dua filem Spiderman dan filem arahan Ang Lee, Life of Pi, lapor media India.
Kejayaan itu turut dirasai Bipasha Basu, pelakon wanita paling popular Bollywood yang mendapat peranan dalam filem pemenang Anugerah Akademi, Roland Joffe, Singularity.“Penonton India pasti teruja ketika menyaksikan filem Hollywood lakonan Bipasha Basu berbanding filem keluaran Hollywood lain yang tiada kaitan dengan India,” kata pengarah Uma D’Cunha, yang membantu Joffe mengambil Bipasha. 

D'Cunha berkata penggiat seni Bollywood kini mengintai peluang bagi memastikan lebih ramai pelakon India muncul dalam filem aliran utama Hollywood. 

Pelakon India membuat kemunculan seketika dalam filem Barat, namun kebanyakannya hanya memegang watak dalam filem yang tidak mendapat sambutan. 

Aishwarya Rai Bachchan berlakon dalam beberapa filem, seperti mana kebanyakan bintang lelaki lain seperti Naseeruddin Shah dan Om Puri, namun tiada seorang pun mendapat pujian. 
Ketika Slumdog Millionaire yang menang besar ketika Oscar 2009, dikeluarkan pada 2008, ia berjaya mengubah perspektif Barat dan pelakon India mula diberi perhatian dan peranan utama di Hollywood selepas itu. 

Freida Pinto mendapat peranan utama pertama dalam filem Slumdog Millionaire dan kemudian peranan utama dalam filem Woody Allen, You will Meet a Tall, Dark Stranger dan filem Juliet Schnabel, Miral. – Agensi 

No comments:

Post a Comment